10
Bahan Bantu Mengajar bukan Elektronik
BAHAN
BANTU MENGAJAR BUKAN ELEKTRONIK
Definisi
:
Segala
kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan
pengajaran. Bahan bantu mengajar juga merangkumi semua benda yang boleh
dilihat, didengar, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan
sebagainya.
Papan tulis atau Papan hitam
- Bahan asas dalam pengajaran
- Digunakan untuk mencatat isi-isi pelajaran ketika mengajar
Buku teks
- Dikarang khusus oleh beberapa orang penulis dan pengarang
- Digunakan secara meluas dan merupakan sumber utama pengajaran dan latihan
Papan Kenyataan
- Dikenali sebagai papan buletin
- Sumber pengajaran yang produktif
- Dapat memperkenalkan idea baru, memberi maklumat, memberi kefahaman, memperkayakan perbendaharaan kata, merangsang perbincangan, menimbulkan daya kreativiti, membentuk sikap dan nilai serta menambah pengekalan pembelajaran seseorang pelajar
Bahan Bacaan
Terdiri daripada bahan-bahan cetak
iaitu bahan-bahan bacaan bukan buku
- Contohnya, seperti majalah, calendar, poskad, surat khabar, risalah atau bulletin, poster, carta, peta, gambar skrip dan sebagainya.
- Disimpan sebagai koleksi fail dalam kabinet fail
- Dapat menambah dan mempelbagaikan bahan-bahan bacaan dan punca rujukan dalam pusat sumber sekolah atau bilik darjah
Gambar
- Digunakan untuk memulakan
pengajaran untuk menarik minat pelajar ataupun jika bahan sebenar sukar dibawa
ke dalam bilik darjah
- Ini akan menambahkan lagi kefahaman pelajar dan membuatkan suasana pembelajaran lebih menarik
Carta
- Susunan maklumat yang sistematik
- Mengandungi huruf, angka, gambar, jadual, gambarajah,Lakaran, nota ringkas, rangkai kata, simbol dan luki
- Jenis carta yang digunakan seperti carta selak, pusing, aliran,graf
Grafik
·
Bahan yang dilukis
sebagai karangan visual yang dapat memberi satu atau lebih keterangan visual
·
Dapat meningkatkan
prestasi pengajaran dan pemahaman pelajarnya
Papan pengajaran
- Sesuai digunakan untuk mengajar secara berkumpulan lebih kurang 25 orang pelajar
- Berguna untuk menunjukkan gambaran sesuatu pelajaran yang mempunyai daya komunikatif dan dapat memotivasikan pelajar
Model
- Bahan gentian yang menyerupai bahan sebenar
- Bahan tiga dimensi (3D) yang mewakili struktur, rupa bentuk atau bagaimana sesuatu itu berfungsi
Permainan
Ilmiah
- Permainan yang berwarna-warni mampu menarik minat pelajar untuk belajar
- Pelajar belajar dengan cara yang lebih menyeronokkan
- Mudah untuk difahami oleh pelajar




Terimakasih perkongsian yang sangat jelas 👍
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian yang sangat bagus dan padat. teruskan usaha 👍👍👍
ReplyDelete