Sunday, 4 December 2016

Info~2016

Mengenai KKPSTEM

Kolokium Kebangsaan Pendidik Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (KKPSTEM) merupakan platform buat guru-guru, ibu bapa dan pihak yang terlibat untuk berbincang dan berkongsi maklumat, pengalaman serta hasil penyelidikan berkaitan strategi bagi memberi anjakan kepada pembelajaran pelajar melalui pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Ini merupakan sebahagian daripada usaha ke arah melahirkan pakar sains dan matematik terkemuka bukan sahaja di peringkat kebangsaan tetapi juga di peringkat antarabangsa. Landasan pendidikan STEM ini telah dikenalpasti dapat melatih pelajar untuk menjadi penyelidik, pendidik, inovator, dan pemimpin yang boleh menyelesaikan cabaran global kini dan akan datang. Selaras dengan itu, Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berbesar hati meneruskan tradisi kecemerlangan dengan menganjurkan KKPSTEM 2016 Peringkat Negeri Johor buat julung kalinya yang akan berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru pada 12 November 2016 dengan tema “Pendidikan STEM Pemacu Generasi Saintifik”. Kolokium ini bakal mengumpulkan pakar STEM dari universiti awam, sekolah, industri serta ibu bapa. Program yang mendapat sokongan dan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Penggerak STEM Kebangsaan (National STEM Movement) serta pelbagai pihak ini dilihat sebagai satu usaha murni dalam mengiktiraf dan memartabatkan pendidikan STEM di Malaysia amnya dan di negeri Johor khususnya. Adalah diharapkan agar program ini akan menjadi pemangkin dalam usaha menggalakkan dan memperkukuhkan pendidikan STEM di Malaysia.


OBJEKTIF


1. Memperkasa pengetahuan, kemahiran dan kompetensi guru dalam pengajaran subjek STEM.
2. Membincangkan amalan terkini dan holistik dalam pengajaran dan pembelajaran STEM selaras dengan keperluan dan pengisian pendidikan abad ke-21.
3. Membincangkan isu-isu terkini dan cabaran berkaitan STEM.
4. Mengenalpasti strategi untuk menggalakkan dan memperkukuhkan pendidikan STEM.
5. Menyediakan satu platform bagi peserta untuk berbincang dan berkongsi maklumat, pengalaman serta hasil penyelidikan tentang isu berkaitan strategi memartabatkan STEM di kalangan pelajar.
KKPSTEM 2016 Peringkat Negeri Johor akan diadakan di Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru pada 12 November 2016.


LOKASI


Image result for universiti teknologi malaysia

Universiti Teknologi Malaysia

1 comment: